Lihat sejarah lalu. Lihat masa hadapan.
Mozilla wujud untuk mempromosikan keterbukaan, innovasi dan peluang dalam Internet.
Kenali kami lebih dekat, serta beberapa pencapaian terbesar dan batu penanda kami.
-
01
Projek Mozilla dilancarkan di Netscape pada 31 Mac 1998, untuk menawarkan pilihan kepada pengguna dan memacu innovasi Web.
-
02
Mozilla, dengan bangganya sebagai sebuah organisasi tanpa keuntungan menghasilkan produk seperti Firefox dengan misi untuk mengekalkan kuasa Web dalam tangan pengguna di mana-mana saja.
-
03
Lebih daripada 10,000 penyumbang telah menyatakan sokongan mereka untuk misi kami dengan membayar muka penuh iklan di The New York Times pada hari Firefox 1.0 dilancarkan pada 2004.
-
04
Kini Mozilla mempunyai penyumbang dari semua benua, termasuk Antartika (iaitu Firefox digunakan oleh 80% pengguna).
-
05
Add-ons Firefox membolehkan anda menyesuai dan mengambil kawalan pengalaman Web anda. Hampir 4 billion daripadanya telah dimuat turun oleh pengguna setakat ini.
-
06
Mozilla mendahului privasi dalam talian dengan inovasi pelayar seperti Do Not Track dan Lightbeam yang memberikan pengguna kawalan lebih baik terhadap data peribadi.
-
07
Komuniti global kami telah membantu menterjemahkan Firefox kepada lebih daripada 70 buah bahasa, menjadikan pelayar ini tersedia kepada lebih daripada 90% penduduk dunia.
-
08
Pada 2008, 8,002,530 orang telah memilih FIrefox dalam satu hari menetapkan Rekod Dunia Guiness untuk “Most Downloads of a Software Application in 24 Hours.”
-
09
Festival Mozilla adalah aktiviti tahunan terbesar, menghimpunkan ratusan minda kreatif untuk merealisasikan kuasa penuh dan potensi Web.
-
10
Mozilla Webmaker berfungsi untuk mencipta lebih planet celik Web, menyediakan peralatan dan projek untuk membantu orang mengambil kawalan lebih baik terhadap kehidupan dalam talian.
-
11
Firefox untuk Android membawa pengalaman melayari desktop Firefox ke telefon dan tablet. Boleh didapati di Google Play, dan telah dimuat turun lebih daripada 80 juta kali.
-
12
Mozilla Developer Network adalah sumber Web dipacu-komuniti yang menyediakan dokumentasi, tutorial dan peratalan terbaik tersedia untuk lebih dari 2 juta pelawat setiap bulan.
-
13
Mozilla bekerja untuk prihatin dan mengekalkan Web sebagai sumber awan dikongsi untuk faedah semua orang.
-
14
Pada 2013, Mozilla melancarkan Firefox OS untuk melepaskan kuasa penuh Web pada telefon pintar dan sekali lagi menawarkan kawalan dan pilihan kepada generasi baru dalam talian yang akan datang.
-
15
Kerja yang Mozilla lakukan adalah tidak mustahil dengan adanya 10 ribuan sukarelawan yang percaya Web perlu kekal terbuka dan boleh dicapai oleh semua.