
Firefox Developer Edition secara automatik menghantar maklum balas kepada Mozilla. Ketahui selanjutnya
Satu-satunya pelayar yang dibuat hanya untuk pembangun, Firefox Developer Edition direka bersama aliran kerja anda di rumah. Bina, ujian, skala dan banyak lagi, semuanya dari satu tempat, untuk buat pertama kalinya.
Semak dan nyahpepijat app anda dalam semua pelayar dan peranti dengan Valence — ekstensi yang berkuasa, pra-pasang yang hanya didapati dalam Firefox Developer Edition.
Ubahsuai saiz skrin sasaran menggunakan Responsive Design View dan ubahsuai CSS anda dengan cepat menggunakan Style Editor terbina dalam untuk pengekodan piksel-perfect.
Firefox Developer Edition disertakan alatan pembangun teras dengan alatan berkuasa yang akan memperluas keupayaan anda untuk bekerja pada berbilang platform dari satu tempat. Semuanya pernah anda gunakan, hanya lebih baik. Dan hanya dari Firefox.
Edit secara visual animasi CSS dan HTML yang dimainkan dalam halaman panel Inspector. Sahkan elemen penjajaran, dimensi dan pad menggunakan alatan Ruler dan Measurement.
Ketahui selanjutnya perihal Visual Editing Tools
Guna animasi visual Developer Edition dan alatan pengedit CSS untuk menjelajah pelbagai kemungkinan dalam laman web.
Cuba DevTools Challenger
Periksa kadar bingkai kandungan web anda, penggunaan memori dan profil JS dalam paparan garis masa konsolidasi untuk memudahkan anda mengenal pasti dan menyelesaikan masalah cerutan prestasi.
Ketahui selanjutnya perihal Performance Tools
Periksa HTML dan CSS mana-mana halaman Web dan ubah suai struktur dan susun atur halaman.
Ketahui selanjutnya perihal Page Inspector
Periksa dan berinteraksi dengan Web Audio API dalam masa nyata untuk memastikan semua nod audio disambungkan mengikut cara yang anda jangkakan.
Ketahui selanjutnya perihal Web Audio Editor
Lihat maklumat log masuk yang dikaitkan dengan halaman Web dan gunakan Web Console untuk berinteraksi dengan halaman Web yang menggunakan JavaScript.
Ketahui selanjutnya perihal Web Console
Ikuti kod JavaScript dan periksa atau ubah suai keadaannya untuk membantu menjejaki pepijat.
Ketahui selanjutnya perihal JavaScript Debugger
Lihat semua permintaan rangkaian yang dibuat oleh pelayar anda, tempoh dan butiran setiap permintaan.
Ketahui selanjutnya perihal Network Monitor
Papar dan edit gaya CSS yang dikaitkan dengan halaman Web, cipta tugasan baru dan gunakan gaya lembaran CSS semasa dalam mana-mana halaman.
Ketahui selanjutnya perihal Style Editor
Lihat paparan Laman web atau app Web anda pada skrin berlainan saiz tanpa menukar saiz tetingkap pelayar anda.
Ketahui selanjutnya perihal Responsive Design View
Bangunkan dan menyahpepijat app anda pada berbilang pelayar dan peranti dengan ekstensi hebat ini yang dipra-pasang dalam Firefox Developer Edition.
Ketahui selanjutnya perihal Valence